Friday, February 27, 2009

Salam Ukhwah Fillah

Salam...

Hari ini ana teringat semua sahabat-sahabat ana,rindu rasa kat antunna...

dulu kami masa zaman sekolah ada geng la kalau orang sekarang sekarang panggil.Kami semua masa tu 8 orang.ana ingat lagi masa tu kami lah geng paling hebat sekali,hehehe..
Sekarang bila dah tamat zaman sekolah tu,semua berpisah..
ana furtherstudy,3 orang sahabat ana (shida,shahida,intan) sekarang cari pengalaman kerja.
cakap pasal mereka ni,ni yang kelakar,ada ke 3 orang bersahabat mengajar kat sekolah yang sama?ana rasa mesti mereka buat sekolah tu macam mereka punya...Ana tak dapat nak bayang kan macam mana lah sahabat2 ana ni mengajar..hehehe mesti comel..gurau je...
4 orang lagi sume sambung study lagi.shila kat unisel ambil kos pengajian islam,naili di kolej komuniti pun ambil kos yang sama.adilah sama institusi dengan ana.
Kami ni dulu macam adik beradik kat sekolah,kami kalau kemana mesti bersama,ana rasa satu sekolah ana tahu pasal kami..
Masa zaman sekolah dulu kami paling nakal kami lah yang paling baik, hehehe..
Ucapan ana untuk sahabat-sahabat ana...
BuAt ShidA : mULA-MULA NAK MINTA MAAF SEBAB lambat wish bezday hari tu..hehehe.semoga hidup mumakin lebih bermakna dan sentiasa di bawah lindungan Allah
Untuk shahida : Dalam hidup ku kaulah shahida pertama yang ana kenal,dan semoga bahagia selalu
Tak lupa juga untuk intan:hanya kaulah intan dalam hidup ku,hehehe
buat shila :semoga dirimu kuat dalam mengahdapi hari-hari mu di sana..ada masalah bagi tahu ya..
untuk naili : walaupun duduk kat hujung dunia,jangan lupa kami tau
roihan :lame tak jumpa,terima kasih sebab sentiasa berhubung dengan ana..
untuk adilah : kaulah anje ku dalam usrah khaulah al azwar...
last skali untuk semua semoga hari yang berlalu tidak merugikan kita....

Wednesday, February 25, 2009

JaNgAn kItA LuPa


JanGaN tInGgAl sOlAt !!!


Semua orang tahu perbuatan meninggalkan solat adalah suatu dosa besar.Bahkan,perbuatan meninggalkan solat adalah satu perbuatan yang sangat keji ,lebih keji dari khinzir.Lihatlah betapa Allah S.W.T memandang hina mereka yang sanggup meninggalkan solat.


Adalah suatu kisah pada zaman Nabi Musa A.S mengenai penghinaan Allah kepada mereka yang meninggalkan solat.

Ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga,namun dia tidak dikurniakan zuriat.Terdetik di hatinya,sekiranya dia mendapat seorang anak,dia akan minum air kencing anjing hitam.


Hendak dijadikan cerita,Allah mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil.Apabila cukup tempohnya,dia selamat melahirkan seorang anak.selepas mendapat anak yang diidamkan,si lelaki tadi berasa runsing kerana teringatkan nazar yang di buatnya,iaitu meminum air kencing anjing hitam.


Syariat pada zaman NABI mUSA a.s berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk ummat Nabi Muhamad S.A.W .Kalau ummat Nabi Muhamad ,sekiranya kita bernazar sesuatu yang haram ,kita tidak perlu melaksanakannya.Sebaliknya kita perlu menggantikannya dengan denda atau kifarah.Berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Musa,sesiapa yang benazar,walaupun ia sesuatu yang haram,nazar itu perlu dilaksanakan juga.


Si lelaki sudah mendapat seorang anak itu,dengan rasa susah hati pergi Nabi Musa.Dia menceritakan kepada baginda apa yang telah berlaku pada dirinya.


Nabi Musa menyatakan bahawa,dia tidak perlu minum air kencing anjing hitam,sebaliknya menggantikannya dengan air yang lebih hina dari itu.Baginda memerintahkan kepada lelaki itu supaya menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalakn solat dan minum air itu.Llu,lelaki itu dengan senag hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa kepadanya.


Lihatlah betapa hinanya darjat orang yang meninggalkan solat sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbungnya adalah hina.Itu baru air dari bumbung mereka,belum lagi air tangan lagi yang tentunya lebih hina..


Menyentuh isu air tangan ini,pada kebiasaannya kita suka makan masakan yang dimasak oleh ibu atau isteri kita.Jadi kepada muslimat sekelian,peliharalah solat kerana kalau puan menianggalakan solat bukan kerana uzur,air tangan yang menitik kedalam basuhan makanan yang di masak,akan menggelapkan hati ahli keluarga yang memakannya.


Sebagai ibu dan isteri,pastinya puan tidak tergamak menggelapkan hati ahli keluarga sendiri hingga mereka jauh dari hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T. Oleh itu,peringatan kepada diri supaya istiqamah dalm mendirikan solat,supaya diri dan ahli keluarga kita terpelihara dan sentiasa mendapat hidayah petunjuk dari Allah S.W.T .


Bagaimana pula halnya bagi mereka yang gemar makan di luar,terutama di kedai-kedai makan??Pagi,petang,siang ataupun malam,pasti kita akan singgah di man-mana kedai untuk menjamu selera.Pesan sahaja apa menunya,pasti akan membangkitkan selera.Kita akan dapat menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah menyediakannya.Apa akan jadi pada kita sekiranya orang yang menyediakan juadah untuk kita menjamu selera itu selain tidak menjaga kebersihan mereka juga tidak mendirikan solat?Pasti besar kesanya pada hati kita.Hati kita akan menjadi gelap akibat memakan masakan orang-prang yang tidak mengerjakn solat.Sebab itu apa yang kita kerjakan sehari-hari tidak ikhlas,bahkan untu melakukan amalan kebaikan pun kita tidak mahu.


Ini semua berpunca daripada apa yang kita makan telah menjadi darah daging dalam diri kita.Oleh itu pastikan terlebih dahulu,di man lokasi yang kita selalu menjamu selera,sama daa dari segi kebersihan.Begitu juga daripada segi amal ibadatnya.

Lihatlah,betapa beratnya amalan solat ini,sehinggakan Allahmensyariatkannya terus kepada Rasulullah melalui peristiwa isra' mikraj,sedangkan kewajipan yang lain diutuskan melalui Malaikat JibrilA.S .Ketika Rasulullah nazak sebelum baginda wafat,baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali dan seluruh umat islam

"Solat...solat,jangan sesekali kamu abaikannya dan periharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungan mu"


Jadi sama-samalah berusaha memelihara ibadah solat,sama ada dari segi zahir dan juga batinnya sekali,kerana amalan solat adalah amalan yang mula-mula sekali akan ditanya di akhirat kelak..
Dikesempatan ini,ana ingin memohon maaf dari sahabat ana (shida),maaf sebab lambat wish bezday.Oleh itu,Sanah helwah ya sahabati dunniya wal akhirah.Semoga dirimu sentiasa dibawah lindungan Allah..

Monday, February 9, 2009


Manusis di cipta di dunia ini khas untuk mengabdikan diri untuk Tuhan sekelian Alam..Tuhan yang Maha pemurah,Maha pengasih Lagi Maha penyayang...Tapi MalAnG sEKALI manusia makin hanyut dengan godaan dunia...Cinta yang suci dicemari dengan maksiat,Cinta yang indah di kotori dengan keburukan sifat manusia....Dengarlah......


..AyAt-aYaT cInTa..


Ya Allah,

Jika aKU Jatuh CInTa,

cinta kanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,

agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai-Mu.


Ya Rabbi,

JikA AkU jAtUH HAtI,izinkan akau menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu,agar tidajk aku terjatuh kedalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbul 'Izzati,

JIka aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syhid di jalan-Mu....


Ya Rafi',

jika aku menikmati cinta hambu-Mu,

jangan lah kenikmatan itu melebihi nikmatnya bermunajat kepada-Mu....


Ya Mu'iz,

jika aku jatuh hati pada hamba-Mu,

jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada-Mu....


Ya 'Azim,

jika aku merindui hamba-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehungga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu....

Wednesday, February 4, 2009

BERCOUPLE


Salam..bersua kembali kita hari ini...pertamanya ana mengucapkan Alhamdulillah,kerana hingga hari ini masih lagi bernafas dan terus berada dibawah lindungan Allah..Insyallah....

Satu yang membuatkan ana untuk kekel dalam dunia blogger ni sebab,ana nak memberi kesedaran kepada kita semua...seperti mana yang kita tahu manusia ni selalu dalam kerugian dan sifat manusia adalah pelupa..

Beberapa hari yang lepas ana pergi satu bandar ni,pembangunan bagus,pemandangan pun cantik tapi tiba-tiba ana ternampak sesuatu yang memburukkan pemandangan ana..PASANGAN KEKASIH yang melakukan sesuatu yang tidak patut untuk dibuat...kalau guna bahasa sekarang apa orang panggil "Couple"?..yang sedihnya ramai diantara mereka adalah orang melayu dan bertambah sedih bila ana tahu mereka adalah orang yang mengucap kalimah syahadah!!yang mengaku mereka beragama Islam yang mengaku tuhan itu satu iaitu Allah!!

Cuba tanya pada mereka ini Anda sedang bercouple ke??Mereka akan menjawab


Kami tidak berzina !

Maaf,ana tidak menuduh kamu berzina , tetapi kamu menghampiri zina..


Kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum di cafe.Adakah itu menghampiri zina??

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal persaan dan kami tidak berniat ke arah itu!!

Hari ni ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis sangat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.Iblis amat licik.Ingat pesan rasulullah:Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita,kerana yang ketiganya ialah syaitan.Sesungguhnya kita lemah dalam menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada yang bercinta dalan telefon dan hantar Sms sahaja.Tidak pernah bersua muka pun!

Betul..Tetapi itu adalah salah satu yang dikatakan menghampiri zina.Meman pada awalnya tidak bersua muka.Tpi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu petamuan.Pertemuan pertama tidak akan berhenti disitu sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan.Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya???


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?Itu pun zina ke?

Zina ada macam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan iaitu melalui berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat pasangan dengan perasaan berahi,zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan perasaannya.Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya menuju ketempat pertemuan.Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak dan jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan ini..

Duduk berdiskusi pelajaran pun tak boleh ke?(bagi kes belajr berdua-duaan sahaja)

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu.Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya.Kita belajar nak keberkatan .Kalau cemerlang sekalipun ,kalau tidak diberkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kepada kebahagiaan.Hidup didunia tidak bahagia,apalagi lah di akhirat nanti.

Sungguh!Bincang pelajaran sahaj.Ni study group(belajar berdua)

Study group?nampak lain macam saja,manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi pun..Takkan study group dua orang je?Jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.!

Tidaklah.Sungguh bincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa?Awak kurang sihat ke?Ingat kita bukan malaikat,tak ada nafsu.Kita manusia.Jangan menafikanfitrah manusia.

Islam takde ke couple-couple ni?

Cinta secara islam hanya satu,iaitu perkahwinan.cinta berlaku selepas di ijabkabulkan,cinta selepas kahwin.Itulah cinta sacral dan kudus.Cinta yang bermaruah.Bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan islam.Apabila islam menegah sesuatu perkara ,tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang salin mencintai kecuali nikah..

Wednesday, January 28, 2009

salam...lama tak jenguk blog ana ni...ana sedih bila tengok masyarakat islam sekarang!!!!apa yang berlaku di palestin kini bagaikan tidak memberi apa apa kesan terhadap diri kita...ana tak nak ulas panjang2,ramai dah orang berkata tentang ini...tapi ana mengajak dan menyeru semua termasuk diri ana agar menginsafi diri sebelum terlewat...pernah tak terdengar ura ura yang yang tersebar sejak kebelakangan ini??pakar meteorologi bahagian bunyi di rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi.menurut ulama',kemungkinan besar itu ialah suara Dajal yang berusaha naik ke bumi.
jelas nyata dan terang dunia hampir kiamat.ramai yang sedar hakikat ini tapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari peristiwa ini????
apa pun,kita kena sentiasa sedar bahawa kita hidup untuk mati...

Thursday, January 15, 2009

ukhwah mukmin yg sebenar

JaDiKaNlAh JALINAN KITA PERSIS UNTAIAN TASBIH ..ADA AWAL TIADA PENGHUJUNGNYA..DIBENTUK UNTUK MENGINGATI-NYA ,DICANTUM KERANA CINTANYA,DIRATHIB SEMATA-MATA KERANA REDHO-NYA,MENITIS AIR MATA TIKA MERASAI KEMANISANNYA.. SAUDARAKU JIKA HARI INI AKU TERLALU GEMBIRA,SEDARKANLAH AKU DENGAN AMARAN-AMARAN ALLAH,JIKA AKU BERSEDIH TANPA KATA PUJUKLAH AKU DENGAN TARBIAH PENCIPTA,JIKA AKU AKU LEMAH TAK BERDAYA INGATKANLAH AKU DENGAN KEHEBATAN SYURGA,JIKA ANTARA KITA ADA TEMBOK YANG MEMISAHKAN AJAKLAH AKU MELERAIKAN SEGERA,JIKA PERNAH HATIMU TERLUKA,LUAHKANLAH AGAR AKU BERUBAH,DAN JIKA AKU TERLENA TANPA KATA IRINGILAH AKU DENGAN IRINGAN DOA AGAR AKU TENANG..BERJANJILAH SAUDARAKU, UKHWAH KITA SELAMANYA…’