Wednesday, February 4, 2009

BERCOUPLE


Salam..bersua kembali kita hari ini...pertamanya ana mengucapkan Alhamdulillah,kerana hingga hari ini masih lagi bernafas dan terus berada dibawah lindungan Allah..Insyallah....

Satu yang membuatkan ana untuk kekel dalam dunia blogger ni sebab,ana nak memberi kesedaran kepada kita semua...seperti mana yang kita tahu manusia ni selalu dalam kerugian dan sifat manusia adalah pelupa..

Beberapa hari yang lepas ana pergi satu bandar ni,pembangunan bagus,pemandangan pun cantik tapi tiba-tiba ana ternampak sesuatu yang memburukkan pemandangan ana..PASANGAN KEKASIH yang melakukan sesuatu yang tidak patut untuk dibuat...kalau guna bahasa sekarang apa orang panggil "Couple"?..yang sedihnya ramai diantara mereka adalah orang melayu dan bertambah sedih bila ana tahu mereka adalah orang yang mengucap kalimah syahadah!!yang mengaku mereka beragama Islam yang mengaku tuhan itu satu iaitu Allah!!

Cuba tanya pada mereka ini Anda sedang bercouple ke??Mereka akan menjawab


Kami tidak berzina !

Maaf,ana tidak menuduh kamu berzina , tetapi kamu menghampiri zina..


Kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum di cafe.Adakah itu menghampiri zina??

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal persaan dan kami tidak berniat ke arah itu!!

Hari ni ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis sangat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.Iblis amat licik.Ingat pesan rasulullah:Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita,kerana yang ketiganya ialah syaitan.Sesungguhnya kita lemah dalam menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada yang bercinta dalan telefon dan hantar Sms sahaja.Tidak pernah bersua muka pun!

Betul..Tetapi itu adalah salah satu yang dikatakan menghampiri zina.Meman pada awalnya tidak bersua muka.Tpi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu petamuan.Pertemuan pertama tidak akan berhenti disitu sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan.Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya???


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?Itu pun zina ke?

Zina ada macam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan iaitu melalui berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat pasangan dengan perasaan berahi,zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan perasaannya.Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya menuju ketempat pertemuan.Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak dan jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan ini..

Duduk berdiskusi pelajaran pun tak boleh ke?(bagi kes belajr berdua-duaan sahaja)

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu.Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya.Kita belajar nak keberkatan .Kalau cemerlang sekalipun ,kalau tidak diberkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kepada kebahagiaan.Hidup didunia tidak bahagia,apalagi lah di akhirat nanti.

Sungguh!Bincang pelajaran sahaj.Ni study group(belajar berdua)

Study group?nampak lain macam saja,manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi pun..Takkan study group dua orang je?Jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.!

Tidaklah.Sungguh bincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa?Awak kurang sihat ke?Ingat kita bukan malaikat,tak ada nafsu.Kita manusia.Jangan menafikanfitrah manusia.

Islam takde ke couple-couple ni?

Cinta secara islam hanya satu,iaitu perkahwinan.cinta berlaku selepas di ijabkabulkan,cinta selepas kahwin.Itulah cinta sacral dan kudus.Cinta yang bermaruah.Bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan islam.Apabila islam menegah sesuatu perkara ,tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang salin mencintai kecuali nikah..

No comments:

Post a Comment