Wednesday, February 25, 2009

JaNgAn kItA LuPa


JanGaN tInGgAl sOlAt !!!


Semua orang tahu perbuatan meninggalkan solat adalah suatu dosa besar.Bahkan,perbuatan meninggalkan solat adalah satu perbuatan yang sangat keji ,lebih keji dari khinzir.Lihatlah betapa Allah S.W.T memandang hina mereka yang sanggup meninggalkan solat.


Adalah suatu kisah pada zaman Nabi Musa A.S mengenai penghinaan Allah kepada mereka yang meninggalkan solat.

Ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga,namun dia tidak dikurniakan zuriat.Terdetik di hatinya,sekiranya dia mendapat seorang anak,dia akan minum air kencing anjing hitam.


Hendak dijadikan cerita,Allah mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil.Apabila cukup tempohnya,dia selamat melahirkan seorang anak.selepas mendapat anak yang diidamkan,si lelaki tadi berasa runsing kerana teringatkan nazar yang di buatnya,iaitu meminum air kencing anjing hitam.


Syariat pada zaman NABI mUSA a.s berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk ummat Nabi Muhamad S.A.W .Kalau ummat Nabi Muhamad ,sekiranya kita bernazar sesuatu yang haram ,kita tidak perlu melaksanakannya.Sebaliknya kita perlu menggantikannya dengan denda atau kifarah.Berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Musa,sesiapa yang benazar,walaupun ia sesuatu yang haram,nazar itu perlu dilaksanakan juga.


Si lelaki sudah mendapat seorang anak itu,dengan rasa susah hati pergi Nabi Musa.Dia menceritakan kepada baginda apa yang telah berlaku pada dirinya.


Nabi Musa menyatakan bahawa,dia tidak perlu minum air kencing anjing hitam,sebaliknya menggantikannya dengan air yang lebih hina dari itu.Baginda memerintahkan kepada lelaki itu supaya menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalakn solat dan minum air itu.Llu,lelaki itu dengan senag hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa kepadanya.


Lihatlah betapa hinanya darjat orang yang meninggalkan solat sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbungnya adalah hina.Itu baru air dari bumbung mereka,belum lagi air tangan lagi yang tentunya lebih hina..


Menyentuh isu air tangan ini,pada kebiasaannya kita suka makan masakan yang dimasak oleh ibu atau isteri kita.Jadi kepada muslimat sekelian,peliharalah solat kerana kalau puan menianggalakan solat bukan kerana uzur,air tangan yang menitik kedalam basuhan makanan yang di masak,akan menggelapkan hati ahli keluarga yang memakannya.


Sebagai ibu dan isteri,pastinya puan tidak tergamak menggelapkan hati ahli keluarga sendiri hingga mereka jauh dari hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T. Oleh itu,peringatan kepada diri supaya istiqamah dalm mendirikan solat,supaya diri dan ahli keluarga kita terpelihara dan sentiasa mendapat hidayah petunjuk dari Allah S.W.T .


Bagaimana pula halnya bagi mereka yang gemar makan di luar,terutama di kedai-kedai makan??Pagi,petang,siang ataupun malam,pasti kita akan singgah di man-mana kedai untuk menjamu selera.Pesan sahaja apa menunya,pasti akan membangkitkan selera.Kita akan dapat menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah menyediakannya.Apa akan jadi pada kita sekiranya orang yang menyediakan juadah untuk kita menjamu selera itu selain tidak menjaga kebersihan mereka juga tidak mendirikan solat?Pasti besar kesanya pada hati kita.Hati kita akan menjadi gelap akibat memakan masakan orang-prang yang tidak mengerjakn solat.Sebab itu apa yang kita kerjakan sehari-hari tidak ikhlas,bahkan untu melakukan amalan kebaikan pun kita tidak mahu.


Ini semua berpunca daripada apa yang kita makan telah menjadi darah daging dalam diri kita.Oleh itu pastikan terlebih dahulu,di man lokasi yang kita selalu menjamu selera,sama daa dari segi kebersihan.Begitu juga daripada segi amal ibadatnya.

Lihatlah,betapa beratnya amalan solat ini,sehinggakan Allahmensyariatkannya terus kepada Rasulullah melalui peristiwa isra' mikraj,sedangkan kewajipan yang lain diutuskan melalui Malaikat JibrilA.S .Ketika Rasulullah nazak sebelum baginda wafat,baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali dan seluruh umat islam

"Solat...solat,jangan sesekali kamu abaikannya dan periharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungan mu"


Jadi sama-samalah berusaha memelihara ibadah solat,sama ada dari segi zahir dan juga batinnya sekali,kerana amalan solat adalah amalan yang mula-mula sekali akan ditanya di akhirat kelak..
Dikesempatan ini,ana ingin memohon maaf dari sahabat ana (shida),maaf sebab lambat wish bezday.Oleh itu,Sanah helwah ya sahabati dunniya wal akhirah.Semoga dirimu sentiasa dibawah lindungan Allah..

No comments:

Post a Comment